terima kasih.........

aku bersyukur,
kerana ketenangan akhirnya,
berada dalam gengaman ku,
terima kasih kepada -Nya,
kerana memberikan aku ketenangan ini,
walaupun aku tahu ketenangan ini,
mungkin akan bergoyah lagi,
aku berterima kasih kepada - Nya,
kerana daku tahu,
kasih sayang yang mahu ditunjukkan- Nya kepada ku,
terima kasih dan aku bersyukur ke hadrat illahi........................
(^^,)
setiap benda yang berlaku di atas muka bumi ini,
ada di sebaliknya hikmah yang tersembunyi,
aku hanyalah insan biasa yang hanya mampu menerima,
tidak boleh menolaknya,
aku terima dugaan itu dengan hati yang terbuka,
kerana acap kali aku diuji,
aku tahu kerana ia merupakan tanda,
kasih sayang-Nya kepada hamba- hambanya,
tidak mungkin setiap manusia itu,
tidak diuji oleh -Nya,
dan seperti ape yang tertulis dalam surah al baqarah ayat 216:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

aku kan terus melangkah ke depan,
aku tidak mahu lagi duduk keseorangan,
aku harus berani,
aku tidak akan pergi jauh jika aku masih berada dalam kepompong imaginasi ku ini..............

Anda Mungkin Berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Pages