hiba rasa dalam hati ni sekejap, bila aku membaca puisi oleh Tun Dr. Mahathir yang bertajuk perjuangan yang belum selesai. Dapat kah kita memiliki seorang pemimpin seperti ini yang jelas sekali mahu rakyatnya terbela dan tidak lupa akan semua yang telah diperjuangkan wira-wira kemerdekaan dahulu, cuba kita renungkan sedikit dan hayati puisi tersebut.
Perjuangan yang Belum Selesai oleh Tun Dr. Mahathir :
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut,
pengembara malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera
menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya
hingga bangsaku berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai melupakan
kegemilangan silam dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
i'm in frust mode... arini aku rase amatla fake... aku menyatakan hasrat hati tanpe berfikir panjang... lepas tu rase menyesal yan...
-
kmungkinan (probability) hahaa... cbe kite pkir2 kn ae...... bnde ni slalu dlm minda seseorng btol x........ haaaa........ dlm minda ko...
-
knpe2............. aku xtau mne satu nk prcaye......... itu atau ini........ psl ape aku trase mcm sedey.............. aku mmg tgh sedey...
-
yeahh akhirnya... oleh sebab dah lme x brbloging... muahaha arini bru dapat LoL zileez... ok for these past few weeks... aq tgh m...
-
tayar2....... ok hri k-2..... nk mnghle ke sepang dlm pkul 5 nnti...... nk amek brng kat sner...... utk kete n jge moto.... so arini...
-
today is da best day 4 me..... havin a fun day..... jamming with my fren..... release all of da tension in me..... thnks to my fren........
-
orait... mood telah bertukar... oleh kerana ade 2 bulan je lagi sebelum final paper... aku kene ubah gaye hidup buat sementara... ...
-
arini terase teramatla puas... 2 dh selesai tggl lg 1 je... plus dpt drive spuas2 nye arini.... its been to long xkuar jln2 nye psl...
-
hiba rasa dalam hati ni sekejap, bila aku membaca puisi oleh Tun Dr. Mahathir yang bertajuk perjuangan yang belum selesai. Dapat kah kita me...
-
It's like we just can't help ourselves 'Cause we don't know how to back down We were called out to the streets We wer...
No comments:
Post a Comment